Halloween party ideas 2015

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dalam riwayat Imam Termidzi dari Usman r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa yang menghadiri shalat Isya’ dengan jamaah maka baginya adalah pahala mengerjakan shalat selama separuh malam dan barangsiapa yang bersembahyang Isya’ dan Subuh dengan jamaah, maka baginya adalah pahala seperti mengerjakan shalat semalam suntuk.
Imam Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Andaikata para manusia itu mengetahui betapa besar pahalanya mengerjakan shalat Isya’ dan Subuh – dengan berjamaah, nescayalah mereka akan mendatangi kedua shalat itu, sekalipun dengan berjalan merangkak. (Muttafaq ‘alaih)

Dari Abu Hurairah r.a. pula katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
Tidak ada suatu shalatpun yang terlebih berat dirasakan oleh orang-orang munafik itu daripada shalat Subuh dan Isya’, tetapi andaikata mereka mengetahui betapa besar pahalanya kedua shalat itu, nescayalah mereka akan mendatanginya sekalipun dengan berjalan merangkak – ke tempat jamaahnya. (Muttafaq ‘alaih)

Sumber : Kitab Riyadlus Shalihin

Post a Comment

Powered by Blogger.